Wednesday, January 18, 2012

PROGRAM AKTA PERSAINGAN 2011/2012

Biro Perundangan PERDASAMA dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) , KPDNKK akan menganjurkan bersama Program Akta Persaingan secara ‘road tour’ ke 4 zon iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur. Untuk permulaan dan pelancaran akan diadakan di Zon Tengah iaitu Kuala Lumpur dengan maklumat seperti berikut:-
Tajuk : Program Akta Persaingan 2011/2012 Zon Tengah
Tarikh : 23 Februari 2012 (Khamis)
Tempat : Hotel The Regency Kuala Lumpur, Jalan Raja Alang
Masa : 9.00 pagi-2.00 pm (Tentatif Aturacara seperti yang dilampirkan)
Yuran : PERCUMA
RINGKASAN AKTA PERSAINGAN 2010
v Akta yang diluluskan oleh Parlimen pada Mei 2010 yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012
v Akta ini menyediakan satu akta persaingan yang menyeluruh di peringkat kebangsaan yang mencakupi semua sektor kecuali amalan antipersaingan yang dikawalselia di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Akta suruhanjaya Tenaga 2001.
v Akta persaingan ini bertujuan untuk memastikan persaingan yang sihat wujud di dalam pasaran dan akan merancakkan lagi suasana perdagangan dalam negeri dengan memastikan amalan antipersaingan dapat diatasi dan menjamin hak pengguna secara keseluruhan.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi kefahaman kepada para usahawan dan para pedagang mengenai implikasi Akta Persaingan 2010 telah dikuatkuasa pada tahun ini (2012)
Supaya komuniti pedagang dan pengusaha Melayu bersedia untuk menghadapi implikasi ke atas syarikat mereka apabila Akta Persaingan 2010 ini berkuatkuasa yang akan mengubah wajah pernigaan negara bermula awal tahun ini.
3. Memperkenalkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia, MyCC berserta mandat, fungsi, peranan dan tanggung jawab suruhanjaya ini kepada komuniti pedagang dan pengusaha Bumiputera .
Justeru, YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan di sekitar zon tengah (KL/Selangor/N. Sembilan) adalah dijemput menghadiri program ini .
Untuk pendaftaran, mohon isi borang jawapan yang dilampirkan sebelum 20 Februari 2012.
Mohon hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment