Tuesday, May 22, 2012

BENGKEL HARI FRANCAIS


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan bangganya ingin menjemput Tuan/Puan ke bengkel 1Hari Francais@JB yang akan diadakan pada 25 Mei 2012 di Danga Bay Convention Centre dari 8:30 a.m. – 6:00 petang. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan konsep francais kepada usahawan dan syarikat yang berminat. Syarat penyertaan bengkel 1Hari Francais@JB ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Setiap peserta yang berjaya menghadiri kesemua sesi bengkel akan diberikan sijil penghargaan yang akan di tandatangani sendiri oleh Menteri PDNKK, Dato Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Ketua Eksekutif IRDA dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru. Sijil penghargaan ini akan diserahkan sendiri oleh YB Menteri pada sebelah petang. Sijil ini penting untuk membantu dalam proses pemohonan pembiayaan pada masa akan datang daripada agensi-agensi yang berkaitan.
 
 
Sila respon kembali email ini bagi tujuan pendaftaran kepada En Kamarul Anuar di kamarul.anuar@irda.com.my atau En Azlan di azlan@irda.com.mydengan mengisi borang pendaftaran seperti di bawah. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 012-758 4827 atau 07-233 3091 dan pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 21 hb Mei 2012 (Isnin)

No comments:

Post a Comment