Monday, August 30, 2021

hari Kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali ke 64
Merdeka !!
Merdeka!!
Merdeka!!

Tuesday, May 2, 2017

Socso

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.

“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.

“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.

Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.

“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.

"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.

Kongsi berita ini
-bermanfaat bg mereka yg layak dan memerlukan..
-boleh sampaikan kpd keluarga,saudara & sahabat2 tdekat..

Monday, January 4, 2016

TPPA

Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan sesi penerangan mengenai TPPA.  Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai manfaat ekonomi daripada keanggotaan Malaysia dalam Perjanjian TPP khususnya bagi kalangan agensi, industri, usahawan dan rakyat Negeri Johor amnya.  Sesi adalah seperti berikut  :

Tarikh : 10 Januari 2016 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Batu Pahat - Kota Tinggi Room, Level 7
33, Jalan Seladang, Taman Abad
80250 Johor Bahru, Johor

Friday, December 19, 2014

Seminar GST

Seminar GST khusus untuk kontraktor Pembinaan dan Pengurusan sisa pepejal akan di laksanakan pada jam 8.30 pg,  29/12/14, bertempat di Dewan PKMMNJ,  Jalan kebudayaan 21,  Taman Universiru,  Skudai.  Bayaran RM 150.00. Sisa buat pengesahan dan pembayaran kepada Perkon Johor / PKMMNJ  akan hubungi Hj Abdullah 0197770435, atau Hj Azudin 0196156584. Tempat terhad kepada 50 org sahaja.  Syarikat di galakkan menghantar staf Syarikat.