Thursday, December 20, 2012

SALAM TAKZIAH


Seluruh barisan kepimpinan dan warga PERDASAMA merakamkan ucapan takziah diatas kembalinya Allahyarhamah Dato' Nik Zainiah Nik Abdul Rahman, Lembaga Penasihat PERDASAMA ke rahmatullah pada 19 Dis 2012 jam 8.30pm. Kehilangannya amat dirasai oleh kepemimpinan dan seluruh warga PERDASAMA. Semoga Allah mencucuri rahmat dan pengampunanNya ke atas roh Allahyarhamah. Al-fatihah.

FIESTA GET2GATHER JOHOR BAHRU





Wednesday, October 24, 2012

Thursday, October 11, 2012

KELAS UBS ACCOUNTING SOFTWARE

Program Intensif Kelas UBS Accounting Software
anjuran Perdasama Johor dan SMV Perdagangan Johor Bahru

Tarikh : 17hb - 20hb Nov (sesi 3)
: 15hb - 18hb Dec (sesi 4)

Tempat : SMV Perdagangan JB
Susur 7, Jln Tun Abdul Razak, 80350 JB

Kos : RM350

Sasaran : Ahli dan bukan ahli Perdasama, usahawan dll...

Peserta boleh pilih satu (1) sesi sahaja. Tempat adalah terhad.
Pendaftaran tutup pada 2 Nov 2012.

Sila email nama nama peserta, syarikat, hp no kepada eggt_dynamic@yahoo.com atau call Pn Eva 012 742 1626.

Wednesday, August 15, 2012

SALAM AIDILFITRI WAL FAIZIN


" SALAM AIDILFITRI WAL FAIZIN " buat semua warga PEDAGANG & USAHAWAN
 " MAAF ZAHIR & BATIN "


Monday, August 6, 2012

JADUAL JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 SIRI KE 3 (12/8/2012)


JADUAL PERJALANAN JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 :
 JB - KLUANG - BATU PAHAT - PONTIAN
SIRI KETIGA - 12 HB OGOS 2012


1 0830         BERLEPAS DARI YAYASAN WARISAN JOHOR
 
2         0915 DEWAN ORANG RAMAI. LAYANG2, KLUANG
 
3         1020 DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL, KLUANG

4         1113   KAMPUNG RAHMAT, KLUANG

5         1155 KOMPLEK PENGHULU MKM 8, SERI GADING,
                                        PARIT RAJA, BATU PAHAT

6         1251 MASJID SULTAN ISMAIL  BATU PAHAT
1314         SEMBAHYANG ZUHUR / JAMAK TAQDIM
1400         MASJID SULTAN ISMAIL  BATU PAHAT

7         1403 KOMPLEKS PENGHULU MKM 3, PESERAI, BP

8         1459 MUKIM 10, SEK. KEBANGSAAN KAMPUNG
                                        BARU, BT PAHAT

9         1535 BALAIRAYA DEWAN SUNGAI DULANG,
                                       RENGIT, BATU PAHAT

10         1651 KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS,
                                        PONTIAN

                CERAMAH / TASKIRAH
1918         Berbuka Puasa

Thursday, August 2, 2012

JADUAL PERJALANAN JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 SESSI KEDUA 5/8/2012


JADUAL JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 :
 JB - KULAIJAYA - BT PAHAT - MUAR - LEDANG - SEGAMAT
HARI KEDUA - 5 HB OGOS 2012


1 0900         BERLEPAS DARI YAYASAN WARISAN JOHOR
 
2         0935 DEWANRAYA KAMPUNG RAHMAT, KULAIJAYA

3         1136   KG JAYA SEPAKAT, CHAAH, BATU PAHAT

4         1314 MASJID KAMPUNG SIMPANG BABA, MUAR
1317        SEMBAHYANG ZUHUR / JAMAK TAQDIM ASAR
1400         MASJID KAMPUNG SIMPANG BABA, MUAR

5         1456 MASJID PEKAN PANCHOR, MUAR

6         1532 DEWANRAYABUKIT GAMBIR, LEDANG

7         1654 BALAIRAYA GEMEREH, SEGAMAT

8         1732 BALAIRAYA KAMPUNG TANDUNG,
                                        BULOH KASAP, SEGAMAT

9         1808 MASJID KAMPUNG SULIR, SEGAMAT

Tuesday, July 24, 2012

JADUAL PERJALANAN JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 SESSI PERTAMA 29/7/2012

JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 : JB - KOTA TINGGI - MERSING
HARI PERTAMA - 29 HB JULAI 2012

Aturcara

1. 0840 pg - BERLEPAS DARI YAYASAN WARISAN JOHOR

2. 0847 RUMAH KEBAJIKAN ORANG2 TUA KEMPAS

3. 0909 DESA NUSA MUTIARA, JOHOR BAHRU

4. 1005 BALAIRAYA KAMPUNG MULIA, SG TIRAM, JOHOR BAHRU

5. 1109 PUSAT TAHFIZ KG PANTI KOTA TINGGI

6. 1135 MASJID KAMPUNG MAKAM, KOTA TINGGI

7. 1226 MASJID KAMPUNG MAWAI BAHARU, KOTA TINGGI

1314 SEMBAHYANG ZUHUR

1403 BERLEPAS DARI MASJID KAMPUNG MAWAI BAHARU, KOTA TINGGI


8. 1534 MASJID KG SEMENYIR, ENDAU

1636 SEMBAHYANG ASAR

1719 BERLEPAS DARI MASJID KG SEMENYIR, ENDAU

9. 1749 MASJID JAMEK MERSING

CERAMAH / TASKIRAH
1919 Berbuka Puasa
Sembahyang Maghrib
Bersurai

Monday, July 23, 2012

JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 SIRI PERTAMA 29/7/2012

JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - SIRI PERTAMA (JB-KT-MERSING) akan berlangsung pada Hari Ahad, 29/7/2012. Peserta2 Konvoi yang ingin turut serta ( semua jenis kenderaan termasuk motor berkuasa tinggi ), sila berada di Yayasan Warisan Johor / Iklas Yayasan Warisan Johor, JKR 304, Jalan Mariamah, Johor Bahru pada jam 7.30 pagi. Sessi perlepasan olih YB Asiah, EXCO Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor akan dilaksanakan pada jam 8.30 pagi. Sila pastikan kenderaan berada didalam keadaan baik dan telah di isi penuh dengan minyak. Terbuka kepada peserta yang berminat untuk menyertai tanpa sebarang prejudis. Tempat adalah terhad kepada 50 buah kenderaan sahaja. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Abd Lah Awang I (019 777 0435).

Monday, July 9, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN


SELAMAT ULANG TAHUN !!!
Selamat Hari Lahir Ke87 kepada Tun Dr Mahathir Mohamed. 
Semoga Allah S.W.T Kurniakan Kekuatan & Kesihatan Yang Baik Untuk Tun Terus Teguh Dalam Perjuangan.. Amin



Tuesday, June 5, 2012

HIMPUNAN MENJUNJUNG TAAT SETIA KEBAWAH DYMM SULTAN JOHOR - 10/6/2012 @ 12.00 tgh.


IRDA PROJECT MANAGEMENT AWARENESS FORUM 2012

IRDA PROJECT MANAGEMENT AWARENESS FORUM 2012
ENHANCING YOUR CAREER IN PROJECT MANAGEMENT THROUGH CERTIFICATION
Date : 07 June 2012 (Thursday)
Time : 9.00 am - 2.00 pm
Venue : Iskandar Malaysia Information Centre, Danga Bay Convention Centre, Danga Bay, Johor. 
Book Now by emailing Name, Organisation, Email Address and Contact Number to : helpdesk@irda.com.my

NOTIS AGM PERDASAMA JOHOR

Salam 1 Malaysia..
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PERDASAMA Negeri Johor Kali Ke-11 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 19 Jun 2012 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Pejabat Urusetia PERDASAMA Negeri Johor,
No. 58 Jalan Kasawari, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.
AGENDA :
1) Bacaan Doa
2) Ucapan Aluan YDP
3) Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2011
4) Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2011
5) Pembentangan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31/12/2011 oleh Bendahari
6) Membentangkan dan membahaskan usul
7) Perlantikan AJK bagi Tahun 2012/2014
8) Ucapan Penangguhan oleh YDP

Bersama-sama ini juga dilampirkan Notis bagi Mesyuarat AGM, Borang Pengesahan kehadiran dan Borang Usul. Tuan/puan diminta untuk menyerahkan semula borang pengesahan kedatangan dan Borang Usul melalui Fax : 07-236 5529 atau Email : perdasama_johor@yahoo.com selewat-lewatnya SEBELUM atau PADA 13 Jun 2012 (Rabu).

Thursday, May 31, 2012

RENOVATION EXPO 2012


1 - 3 JUNE 2012
REX Renovation Expo is Malaysia International premier and largest renovation show and event, attended by the professional design trade, a design savvy, affluent,consumer audience,and media. 

Participation is open to manufacturers, distributors and importers, retailers,designers and others interested in marketing, selling and promoting Malaysia and International products and services.Putra World Trade Centre, the region’s premier and proven venue is the official venue for REX.
An anticipated 500 exhibitors will participate within 268,000 sq.ft. of exhibit floor hosting 80,000 attendees, 1,500 Vip’s guests, 1,500 trades & government agencies delegates and 3,000 professional consist of Interior Designers, Architects, Contractor and related industries.
Below are the event information:
Event Title
REX Malaysia International Renovation Expo 2012
Date
1 - 3 June 2012
Venue
P.W.T.C. Putra World Trade Centre,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Tuesday, May 22, 2012

MESYUARAT AJK PERDASAMA JOHOR -23/5/2012

MESYUARAT AJK PERDASAMA JOHOR akan diadakan pada Hari Rabu, jam 3.00 petang, 23/5/2012, bertempat di Pejabat Urusetia Perdasama Negeri Johor, Jalan Kasawari, Larkin, Johor Bahru. Kehadiran AJK adalah di hargai.

BENGKEL HARI FRANCAIS


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan bangganya ingin menjemput Tuan/Puan ke bengkel 1Hari Francais@JB yang akan diadakan pada 25 Mei 2012 di Danga Bay Convention Centre dari 8:30 a.m. – 6:00 petang. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan konsep francais kepada usahawan dan syarikat yang berminat. Syarat penyertaan bengkel 1Hari Francais@JB ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Setiap peserta yang berjaya menghadiri kesemua sesi bengkel akan diberikan sijil penghargaan yang akan di tandatangani sendiri oleh Menteri PDNKK, Dato Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Ketua Eksekutif IRDA dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru. Sijil penghargaan ini akan diserahkan sendiri oleh YB Menteri pada sebelah petang. Sijil ini penting untuk membantu dalam proses pemohonan pembiayaan pada masa akan datang daripada agensi-agensi yang berkaitan.
 
 
Sila respon kembali email ini bagi tujuan pendaftaran kepada En Kamarul Anuar di kamarul.anuar@irda.com.my atau En Azlan di azlan@irda.com.mydengan mengisi borang pendaftaran seperti di bawah. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 012-758 4827 atau 07-233 3091 dan pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 21 hb Mei 2012 (Isnin)

Sunday, May 20, 2012

MESYUARAT AJK JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012

Mesyuarat AJK Jelajah Amal Ramadhan 2012 akan diadakan pada jam 9.00 pagi, Hari Khamis, 24hb Mei 2012, bertempat di Bilek Mesyuarat, Yayasan Warisan Johor. Kehadiran amatlah di hargai.

Thursday, May 10, 2012

JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM

Program " JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM" akan dilaksanakan pada FASA I: 29 hb Julai 2012, FASA II: 5 hb Ogos dan FASA III: 12hb Ogos 2012. Program adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan IKHLAS, bersama2 Ngo ( JASRA / MAHKOTA BIKERS / ALUMNI 4B / KELAB RENTAS 4x4 / KRKPJB / PUSPANITA / GERAKAN BELIA 4B / PERSATUAN PENGHULU2 JOHOR / PERDASAMA JOHOR / PERSATUAN PENGGUNA BUMIPUTRA JOHOR / PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA JOHOR / DLL ). Pihak penganjur mengalu2kan SUMBANGAN daripada semua pihak yang berkesudian, didalam bentuk bahan makanan kering , pakaian ataupun wang ringgit untuk di agih2kan kepada Keluarga yang kurang berkemampuan. Bayaran fidyah juga akan di agihkan kepada golongan asnab yg layak. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tuan Hj Zin ( 017 769 2945 / 07 226 3270 ) atau Tuan Hj Abdullah ( 019 777 0435).

Thursday, April 26, 2012

MELAYU JOHOR


RENUNGAN UTK BANGSA MELAYU JOHOR
MELAYU JOHOR

Oleh : Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang
Sasterawan Negara

Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat

Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Kerajaan Melayu Bentan

Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah.

Tuesday, April 10, 2012

PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG


Menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Al-Haj dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Monday, March 5, 2012

KONVENSYEN BICARA MELAYU

Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor akan mengadakan Konvensyen Bicara Melayu di Hotel M-Suite Johor Bahru pada 17 Mac mulai jam 2 petang. Prof Datuk Dr Zainal Keling dan Datuk Dr Malik Munip menjadi pembentang dgn Dato' Rohaini Ahmad akan menjadi moderator. Hubungi Sunawan Md Som (0197731264) untuk didaftarkan sebagai peserta

Wednesday, January 18, 2012

PROGRAM AKTA PERSAINGAN 2011/2012

Biro Perundangan PERDASAMA dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) , KPDNKK akan menganjurkan bersama Program Akta Persaingan secara ‘road tour’ ke 4 zon iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur. Untuk permulaan dan pelancaran akan diadakan di Zon Tengah iaitu Kuala Lumpur dengan maklumat seperti berikut:-
Tajuk : Program Akta Persaingan 2011/2012 Zon Tengah
Tarikh : 23 Februari 2012 (Khamis)
Tempat : Hotel The Regency Kuala Lumpur, Jalan Raja Alang
Masa : 9.00 pagi-2.00 pm (Tentatif Aturacara seperti yang dilampirkan)
Yuran : PERCUMA
RINGKASAN AKTA PERSAINGAN 2010
v Akta yang diluluskan oleh Parlimen pada Mei 2010 yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012
v Akta ini menyediakan satu akta persaingan yang menyeluruh di peringkat kebangsaan yang mencakupi semua sektor kecuali amalan antipersaingan yang dikawalselia di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Akta suruhanjaya Tenaga 2001.
v Akta persaingan ini bertujuan untuk memastikan persaingan yang sihat wujud di dalam pasaran dan akan merancakkan lagi suasana perdagangan dalam negeri dengan memastikan amalan antipersaingan dapat diatasi dan menjamin hak pengguna secara keseluruhan.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi kefahaman kepada para usahawan dan para pedagang mengenai implikasi Akta Persaingan 2010 telah dikuatkuasa pada tahun ini (2012)
Supaya komuniti pedagang dan pengusaha Melayu bersedia untuk menghadapi implikasi ke atas syarikat mereka apabila Akta Persaingan 2010 ini berkuatkuasa yang akan mengubah wajah pernigaan negara bermula awal tahun ini.
3. Memperkenalkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia, MyCC berserta mandat, fungsi, peranan dan tanggung jawab suruhanjaya ini kepada komuniti pedagang dan pengusaha Bumiputera .
Justeru, YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan di sekitar zon tengah (KL/Selangor/N. Sembilan) adalah dijemput menghadiri program ini .
Untuk pendaftaran, mohon isi borang jawapan yang dilampirkan sebelum 20 Februari 2012.
Mohon hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

TAKLIMAT PEMBIAYAAN IKHTIAR FACTORING

TAKLIMAT PEMBIAYAAN KONTRAK DAN PESANAN KERAJAAN-KHAS BAGI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN, KONTRAKTOR PEMBINAAN DAN PEMBEKAL-PEMBEKAL (VENDOR) KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa IKHTIAR FACTORING SDN BHD ingin menjemput Yang Berbahagia Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri sesi taklimat pembiayaan kontrak dan pesanan kerajaan. Taklimat ini adalah khusus bagi kontraktor pembekalan, kontraktor binaan dan perkhidmatan bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Program yang dijadualkan adalah seperti berikut:-

TARIKH: 27 JANUARI 2012
TEMPAT: TRAINING ROOM NANING 1, HOTEL SERI MALAYSIA, LEBOH AYER KEROH, MELAKA
MASA: SESI I : 8.00 PAGI – 12.30 PETANG / SESI 11 : 2.30PETANG – 5.00 PETANG

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan IKHTIAR FACTORING SDN BHD dan Skim Pembiayaan Kontrak dan Pesanan Kerajaan yang di tawarkan kepada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dari kerajaan & GLC.

Pihak kami menawarkan pembiayaan kontrak merangkumi :-

• SURAT KREDIT (LC)
• JAMINAN BANK/ BON PELAKSANAAN
• SURAT SOKONGAN TENDER
• PEMFAKTORAN
• INITIAL WORKING CAPITAL
• ADVANCE PAYMENT BOND
• INSURANCE GUARANTEE
• LETTER OF UNDERTAKING

Tuan digalakkan menghadirkan diri di samping membawa dokumen-dokumen syarikat dan projek berkenaan. Ini adalah kerana pendaftaran boleh dimulakan terus bagi mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan. Disamping itu juga, peluang ini boleh digunakan untuk pihak tuan membuat sebarang pertanyaan secara langsung mengenai skim pembiayaan kontrak kami.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati menjemput YB.Tan Sri/ Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri taklimat tersebut pada tarikh dan masa yang tertera di atas.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Siti Haslina Hassan atau Siti Fatimah Yaakop Di talian 03-4024 6200 / 4024 2500. Terima Kasih.Wasalam/Sekian.