Tuesday, March 4, 2014

MFIB 2014 kali ke 15

Mutiara Stigma (M) Sdn Bhd dan Sphere Exhibit Malaysia Sdn Bhd akan menganjurkan MFIB 2014 kali ke 15 pada:

Tarikh   :   19 - 21 Jun 2014
Tempat :   Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Program ini disahkan oleh:
1) MATRADE
2) MITI
3) KPDNKK
Dengan bertemakan "Dunia Perniagaan Makanan yang Menyelerakan", MIFB akan mempamerkan produk dan perkhidmatan makanan dan minuman yang terbaik di rantau ini, juga bertindak sebagai platform bagi menghubungkan Malaysia ke serata dunia.
Kos ruang pameran yang ditawarkan:
1) 'Standard Shell Scheme (3m x 3m) - RM 7,800.00/booth
2) 'Corner booth' (3m x 3m) - RM 8,300.00/booth (minimum tempahan 2 booth)
3) 'Bare Space' (min 18 sq meter) - RM 830.00/sq meter
Bersama-sama ini disertakan lampiran mengenai Pelan Lantai Acara, Profil Acara, Risalah Program dan Borang untuk rujukan.
Sekiranya berminat, boleh terus berhubung dengan pihak penganjur iaitu Cik Siti Amaira / En Azrul di talian 03-8023 3324 atau melalui PERDASAMA.

Program Exporters Forum 2014 - “Energising Export”

Program Exporters Forum 2014 - “Energising Export” seperti dibutiran berikut:

Tarikh                :         11 Mac 2014 (Selasa)
 Masa                 :         8.30 pg – 5.00 ptg
Tempat               :        Tingkat 3, Menara MATRADE
                                   Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
                                    50480 Kuala Lumpur
                                              
2.        Program ini diadakan dengan tujuan untuk membincangkan isu-isu semasa perdagangan dan perkongsian pengalaman dengan syarikat-syarikat Malaysia yang telah berjaya menembusi pasaran baru melalui program-program promosi perdagangan MATRADE.

3.        Sementara itu untuk sesi Pocket Talk/ klinik pengeksport, ia akan disertai oleh MITI, MIDA, MIDF, HDC, MAI, SME BANK, SME CORP, ROYAL MALAYSIA POLICE dan lain-lain agensi. Perserta-peserta forum boleh berinteraksi dengan agensi-agensi ini di kaunter informasi yang akan dibuka dari 12.00 tengahari sehingga jam 5.00 petang.

4.        Penyertaan adalah percuma. Sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui fax ke 03-62037253. Tarikh tutup baru penyertaan telah dilanjutkan pada 7 Mac 2014 (Jumaat). Kepada mereka yang telah mengemukakan jawapan penyertaan sebelum ini tidak perlu berbuat demikian lagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi:-

i)        Siti Saedah Abu Bakar 03-62077642 (saedah@matrade.gov.my)
ii)        Atiqah Mohamed Esah 03-62077634 ( atiqah@matrade.gov.my )
iii)        Mohd Najib Safiei 03-62077644 (mnajib@matrade.gov.my)