Friday, December 19, 2014

Seminar GST

Seminar GST khusus untuk kontraktor Pembinaan dan Pengurusan sisa pepejal akan di laksanakan pada jam 8.30 pg,  29/12/14, bertempat di Dewan PKMMNJ,  Jalan kebudayaan 21,  Taman Universiru,  Skudai.  Bayaran RM 150.00. Sisa buat pengesahan dan pembayaran kepada Perkon Johor / PKMMNJ  akan hubungi Hj Abdullah 0197770435, atau Hj Azudin 0196156584. Tempat terhad kepada 50 org sahaja.  Syarikat di galakkan menghantar staf Syarikat.

Monday, October 27, 2014

‘Seminar Transformasi Kontraktor Pembinaan untuk Sektor Minyak & Gas di Negeri Johor’

Johor Petroleum development Corporation (JPDC) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Malaysia Offshore Contractors Association (MOCA) akan menganjurkan ‘Seminar Transformasi Kontraktor Pembinaan untuk Sektor Minyak & Gas di Negeri Johor’ pada 11 November 2014 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.

Yuran penyertaan bagi seminar ini adalah sebanyak RM50 sahaja dan peserta layak untuk mendapat 15 mata CCD.

Pendaftaran berserta pembayaran sebelum 5 November 2014. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syazwani / Siti Nor Syazwani Saibani
Pegawai Analisa, Projek Khas
Johor Petroleum Development Corporation Berhad
Suite 17.03A, Level 17, Menara MSC Cyberport, No.5, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, MALAYSIA

T: +607-2211540 | F: +607-2211563
HP: +6012-3067876 | BBM Pin : 25D1CBB8
E: syazwani.saibani@jpdc.gov.my

Wednesday, October 1, 2014

PAMERAN BUILDTECH 2014

PAMERAN BUILDTECH 2014 akan di dadakan di  PWTC, KL pada  8-11 October 2014. Para kontraktor dan usahawan di jemput hadir.



Tuesday, August 26, 2014

BERHATI-HATI !!! JIKA BERLAKU KEMALANGAN, SILA PASTIKAN KEADAAN SEKELILING SELAMAT SEBELUM KELUAR DARI KERETA.

Pada 26/8/2014 jam 11 pagi, Hj Rahmat Mohd Yusof, YDP Perdasama Negeri Johor, pemilek JB Catering / JB Landscape, telah mengalami kecederaan akibat di serang dalam satu fake accident berhampiran Kempas Medical Centre, JB. Mangsa telah di serang oleh orang-orang bersenjata. Jika berlaku accident langgar belakang terutamanya, duduk dulu dalam kereta dan perhatikan pergerakkan sekeliling dari cermin belakang. Jika keadaan selamat baru bertindak keluar. Motif langgar belakang dan menyerang/menyamun sering berlaku. Hati2 bertindak demi keselamatan. Semuga mangsa cepat sembuh.



Friday, August 22, 2014

BARISAN KEPIMPINAN PERDASAMA NEGERI JOHOR SESSI 2014 / 2016

BARISAN KEPIMPINAN PERDASAMA NEGERI JOHOR SESSI 2014 / 2016

1. PENASIHAT: HJ A. KHALIM BIN SALLEH
2. PENASIHAT: HJ ABD LAH @ ABDULLAH BIN HJ AWANG.

3. YDP: HJ RAHMAT BIN MD YUSOF
4. NYDP: MUHAMMED FARHAN BIN P.A.M BASHEER AHAMED
5. SETIAUSAHA: NORAZLINDA BINTI MASZELAN
6. BENDAHARI: ROSNITA BINTI AHMAD
7. AJK: MEJAR HJ. MOHD TAHA BIN MD AMIN (B)
8. AJK: SYED ABD. HAMID BIN SYED ZAINAL ABIDIN
9. AJK: PROF. DR CHEK NOR ASKEN BINTI MOHAMAD
10. AJK: HJ ABDULLAH FAHIM BIN MASHUDI
11. AJK: MARSHANIZAH BINTI ISMAIL
12. AJK: HJ AWI SAPAWI BIN AHMAD JOHARI
13. AJK: EVA HAWA BINTI YUSOFF
14. AJK: NASRUDDIN BIN HJ MOHD YUNOS
15. NORBAITI BINTI MINHAD.

Wednesday, August 13, 2014

MESYUARAT AGUNG PERDASAMA JOHOR KALI KE 12 DAN MAJLIS AIDIL FITRI

MESYUARAT AGUNG PERDASAMA JOHOR KALI KE 12 DAN MAJLIS AIDIL FITRI akan dilaksanakan pada Hari Khamis, jam 2.00 ptg, 21 hb Ogos 2014, di Hotel M Suites, 16, Jalan Skudai, Strait View, 80200 Johor Bahru. Pakaian : Baju Melayu / Baju Kurung / Kebaya. Kehadiran di hargai.

Sunday, April 20, 2014

SUMATERA INTERNATIONAL EXPO 2014 & JOHOR HALAL SHOWCASE 2014

Sumatera International Expo 2014 Dan Johor Halal Showcase 2014 akan di adakan pada 13-15 Jun 2014, bertempat di Plaza Angsana,, Johor Bahru anjuran bersama PT Sumatera Promotion Centre Dan Persatuan Pengguna Bumiputera Negeri Johor. Usahawan yang berminat Untuk menyewa booth, Boleh menghubungi Tuan Hj Abdullah Hj Awang di 019 7770435, 016 7166515, 07 5562370, Fak: 075562144, Emel: asfarina2@yahoo.com.

Saturday, April 19, 2014

PERANAN DALAM PERSATUAN

PERANAN DALAM PERSATUAN

1. Penaung atau Penasihat
- Kedua-dua jawatan ini tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengendalian persatuan, tetapi nasihat mereka akan diminta jika diperlukan.
- Penaung selalunya menjadi pelindung pada persatuan dan penjaga imej persatuan. Biasanya lebih besar dan terkenal sesebuah persatuan, maka Penaungnya juga merupakan orqang-orang kenamaan yang terkenal. Contohnya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, penaungnya ialah Raja Permaisuri Agong.

2. Presiden / Yang DiPertua (Pengerusi)
Sebagai pemimpin, Presiden / Yang DiPertua (YDP) memainkan peranan penting dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan tersebut. Beliau akan menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta memberi nafas baru terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya. Antara lain tanggungjawab YDP adalah:
- Mestilah bersedia berbakti, mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan adil dan berkesan. YDP harus kreatif dan mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah.
- Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan kepada Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan tidak menyeleweng dari dasar asal.
- Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
- Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
- Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.

3. Timbalan Presiden / Naib Presiden / Naib Yang DiPertua
Adakalanya Timbalan Presiden / Naib Presiden /Naib Yang DiPertua (NYDP) dilantik seorang atau lebih bergantung kepada keperluan persatuan. Misalnya NYDP lelaki dan juga wanita. Ia bergantung kepada keperluan ahli dan mesti mengikut perlembagaan.
- Membantu segala tugas Presiden / Yang DiPertua.
- Memangku tugas YDP semasa ketiadaan beliau.

4. Setiausaha
Merupakan teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan.
Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan Setiausaha adalah:
- Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
- Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
- Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
- Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
- Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya.
- Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika tidak dapat hadir, tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
- Menandatangani semua cek dan baucer selain Presiden/YDP dan Bendahari.
- Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung.

5. Penolong Setiausaha
Adakalanya persatuan perlu melantik seorang Penolong Setiausaha apabila program atau aktiviti yang akan dilaksanakan adalah besar, berat dan meluas. Lazimnya beliau akan membantu Setiausaha dan memangku jawatan tersebut apabila ketiadaan Setiausaha.

6. Bendahari
- Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan persatuan.
- Menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama Presiden/YDP atau Setiausaha.
- Menjaga dan memastikan wang persatuan hanya digunakan untuk perkara yang berfaedah sahaja.
- Boleh menyimpan wang tunai tetapi dipastikan tidak melebihi apa yang dibenarkan oleh perlembagaan persatuan. Wang tunai yang lain atau cek diterima hendaklah dimasukkan dalam akaun persatuan.
- Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung sebelumnya.
- Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.
- Menyimpan buku penyata, buku akaun bank, buku cek, resit, buku wang keluar masuk dan buku wang tunai.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk Mesyuarat / Mesyuarat Agung

7. Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka antara lain:
- Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
- Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
- Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan oleh persatuan.
- Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.
- Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat.

Ahli jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan notis sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang ahli jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan boleh dianggap sebagai telah meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil (jika perlu). Jika ada ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, maka lantikan baru boleh dibuat.

8. Pemeriksa Kira-kira
Biasanya dua orang Pemeriksa Kira-kira yang tidak terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa akan dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Antara lain tugas mereka adalah:
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi tempoh lantikan dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung.
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi mana-mana masa dalam tempoh jawatan mereka dan memberi laporan pada jawatankuasa pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh YDP.

9. Ahli Biasa
Biasanya ahli sesebuah persatuan terbuka kepada golongan tertentu yang mempunyai kepentingan bersama. Umumnya permohonan menjadi ahli persatuan dimajukan kepada Setiausaha dan seterusnya dipanjangkan kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicara menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang alasan. Sebagai ahli sebuah persatuan, antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi adalah:
- Membayar yuran keahlian kepada Bendahari samada secara bulanan atau tahunan mengikut cara yang diamalkan oleh persatuan tersebut. Terdapat juga persatuan yang mengenakan bayaran seumur hidup iaitu dengan cara bayaran sekaligus sahaja.
- Memberi surat bertulis jika hendak berhenti menjadi ahli dan mebayar semua hutang-hutang yuran yang tertunggak jika ada.
- Membantu mengemaskan perjalanan mesyuarat jika diminta oleh Presiden / YDP atau Setiausaha seperti mengira undi, mencatat nama, menjadi penyambut tetamu, menyediakan jamuan dan sebagainya.
- Menghadiri Mesyuarat Agung dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli.

Tuesday, March 4, 2014

MFIB 2014 kali ke 15

Mutiara Stigma (M) Sdn Bhd dan Sphere Exhibit Malaysia Sdn Bhd akan menganjurkan MFIB 2014 kali ke 15 pada:

Tarikh   :   19 - 21 Jun 2014
Tempat :   Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Program ini disahkan oleh:
1) MATRADE
2) MITI
3) KPDNKK
Dengan bertemakan "Dunia Perniagaan Makanan yang Menyelerakan", MIFB akan mempamerkan produk dan perkhidmatan makanan dan minuman yang terbaik di rantau ini, juga bertindak sebagai platform bagi menghubungkan Malaysia ke serata dunia.
Kos ruang pameran yang ditawarkan:
1) 'Standard Shell Scheme (3m x 3m) - RM 7,800.00/booth
2) 'Corner booth' (3m x 3m) - RM 8,300.00/booth (minimum tempahan 2 booth)
3) 'Bare Space' (min 18 sq meter) - RM 830.00/sq meter
Bersama-sama ini disertakan lampiran mengenai Pelan Lantai Acara, Profil Acara, Risalah Program dan Borang untuk rujukan.
Sekiranya berminat, boleh terus berhubung dengan pihak penganjur iaitu Cik Siti Amaira / En Azrul di talian 03-8023 3324 atau melalui PERDASAMA.

Program Exporters Forum 2014 - “Energising Export”

Program Exporters Forum 2014 - “Energising Export” seperti dibutiran berikut:

Tarikh                :         11 Mac 2014 (Selasa)
 Masa                 :         8.30 pg – 5.00 ptg
Tempat               :        Tingkat 3, Menara MATRADE
                                   Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
                                    50480 Kuala Lumpur
                                              
2.        Program ini diadakan dengan tujuan untuk membincangkan isu-isu semasa perdagangan dan perkongsian pengalaman dengan syarikat-syarikat Malaysia yang telah berjaya menembusi pasaran baru melalui program-program promosi perdagangan MATRADE.

3.        Sementara itu untuk sesi Pocket Talk/ klinik pengeksport, ia akan disertai oleh MITI, MIDA, MIDF, HDC, MAI, SME BANK, SME CORP, ROYAL MALAYSIA POLICE dan lain-lain agensi. Perserta-peserta forum boleh berinteraksi dengan agensi-agensi ini di kaunter informasi yang akan dibuka dari 12.00 tengahari sehingga jam 5.00 petang.

4.        Penyertaan adalah percuma. Sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui fax ke 03-62037253. Tarikh tutup baru penyertaan telah dilanjutkan pada 7 Mac 2014 (Jumaat). Kepada mereka yang telah mengemukakan jawapan penyertaan sebelum ini tidak perlu berbuat demikian lagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi:-

i)        Siti Saedah Abu Bakar 03-62077642 (saedah@matrade.gov.my)
ii)        Atiqah Mohamed Esah 03-62077634 ( atiqah@matrade.gov.my )
iii)        Mohd Najib Safiei 03-62077644 (mnajib@matrade.gov.my)

Thursday, February 27, 2014

CERAMAH HARTA PUSAKA ISLAM

CERAMAH HARTA PUSAKA ISLAM

Dengan segala hormatnya, Tuan/puan dijemput untuk hadir ke Ceramah Harta Pusaka Islam yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 8hb Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar
Yuran : Percuma (Sarapan ada disediakan)

Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi / sms / whatsapp sekretariat ceramah di talian 07-2355993/2300551, 019-7228769 (Hanisah), 019-3661551 (Faizal) atau 013-6147813 (Syamsinar).

Seminar Kesedaran GST d M Suites pada 27. 2. 2014












Thursday, February 13, 2014

MOHON BANTUAN KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ

MOHON BANTUAN KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ : Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Maahad Tahfiz Muhammadiah jam 10 malam tadi, di Jalan Pintas, Bukit Rangin, Kuantan. Maahad ini menempatkan 18 orang pelajar dari kalangan fakir miskin dan anak2 yatim. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Sumbangan dan derma amat2 diperlukan terutamanya pakaian kanak2 lelaki berumur 6-15 tahun. Saluran bantuan kewangan kepada Madrasah tersebut boleh menggunakan No Akaun MAHAAD TAHFIZH MUHAMMADI , Bank Muamalat 0601 - 0002791 -71-2 atau hubungi Ustaz Tengku Muhammad Tengku Jaafar 013 9380762, 09 5366409.






Tuesday, February 11, 2014

FORUM KEUSAHAWANAN MALAYSIA (FOKEM) 2014

MITI, MIDF, SME BANK DAN SME CORP AKAN MENGANJURKAN FORUM KEUSAHAWANAN MALAYSIA (FOKEM) 2014, MAKLUMAT SEPERTI BERIKUT :

TARIKH  : 18 FEBRUARI 2014 (SELASA)
MASA     : 9.00 PAGI - 5.15 PETANG
TEMPAT : PWTC KUALA LUMPUR
*** PENYERTAAN ADALAH PERCUMA ***

BANTU BUMIPUTERA BERNIAGA


Bicara Petang bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Biro SME Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) akan menganjurkan program Bicara Petang bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 12 Februari 2014 (Rabu)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Bilik Taming Sari,
Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur
Tajuk Bicara : “Melestarikan Keusahawanan Bumiputera Dalam Bidang Minyak Dan Gas: Cabaran dan Masa Depan.

Sehubungan ini, PERDASAMA dengan segala hormatnya menjemput 10 orang daripada setiap untuk menyertai program ini. Yuran penyertaan untuk program ini adalah sebanyakRM 100.00 seorang dan perlu dibayar kepada PERDASAMA melalui cek atau bank deraf atas nama “PERDASAMA EVENT ” atau secara tunai melalui “online banking” keatas akaun PERDASAMA EVENT di MBB 5640-7060-7912(sila fakskan slip bayaran bersama borang pendaftaran). Pengesahan penyertaan apabila bayaran diterima dan berdasarkan ”fisrt come first serve” basis. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Februari 2014,Jumaat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi sama ada:
i. Cik Suriati Yusoff (03-20952002/suriati.perdasama@gmail.com) atau
ii. Puan Norlia Harith (03-20952002/norli.perdasama@gmail.com),

'SME Professional Services Day'

Jemputan daripada SMECORP bagi program 'SME Professional Services Day' bersempena majlis pelancaran Insentif Penggabungan Pembekal Perkhidmatan Kecil dan Sederhana kepada Entiti yang Lebih Besar yang akan diadakan pada

Tarikh :14 Februari 2014 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Mahkota, Aras 5 Blok B
SME Corp. Malaysia
YB Menteri MITI akan hadir melancarkan program ini.

Thursday, January 30, 2014

“Melestarikan Keusahawanan Bumiputera Dalam Bidang Minyak Dan Gas: Cabaran dan Masa Depan.

Biro SME Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) akan menganjurkan program Bicara Petang bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah  yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh                     :          12 Februari 2014 (Rabu) 
Masa                      :          2.00 – 5.00 petang
Tempat                  :          Bilik Taming Sari,
                                        Hotel  Royale Chulan Kuala Lumpur
Tajuk Bicara       :          “Melestarikan Keusahawanan Bumiputera Dalam Bidang Minyak Dan Gas: Cabaran dan Masa Depan.

Sehubungan ini, PERDASAMA dengan segala hormatnya menjemput 10 orang daripada setiap  untuk menyertai program ini. Yuran penyertaan untuk program ini adalah sebanyakRM 100.00 seorang dan perlu dibayar kepada PERDASAMA melalui cek atau bank deraf atas nama “PERDASAMA EVENT ” atau secara tunai melalui “online banking” keatas akaun PERDASAMA EVENT  di MBB 5640-7060-7912(sila fakskan slip bayaran bersama borang pendaftaran).  Pengesahan  penyertaan  apabila  bayaran   diterima   dan   berdasarkan ”fisrt come first serve” basis. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Februari 2014,Jumaat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi sama ada:
i.     Cik Suriati Yusoff              (03-20952002/suriati.perdasama@gmail.com) atau
ii.   Puan Norlia Harith      (03-20952002/norli.perdasama@gmail.com),